Alaioli
GEORGE TOWN, 2 Jun – Polis Daerah Timur Laut sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM) di Jalan Batu Uban 1, Gelugor, selepas kejadian itu tular di media sosial.
Menurut kenyataan polis, laporan berhubung kejadian tersebut diterima daripada pihak TM pada jam kira-kira 10.50 pagi hari ini.
Pengadu, seorang juruteknik TM berusia 41 tahun, memaklumkan bahawa beliau telah melihat satu video tular berdurasi 1 minit 24 saat pada kira-kira jam 7 pagi yang memaparkan kejadian mencuri kabel di lokasi berkenaan.
Susulan itu, pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian dan mendapati kabel telekomunikasi milik TM sepanjang kira-kira 70 meter telah dipotong dan dicuri. Kerugian dianggarkan bernilai RM17,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan sebuah kenderaan jenis Mazda 6 Hatchback berwarna gelap ketika melakukan jenayah tersebut.
Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan dan menahan suspek yang terlibat.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan mencuri kabel di kawasan masing-masing.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-228 2222 atau 04-218 1881.
– Alaioli News
மாநில செய்திகள்
Polis Buru Suspek Guna Mazda 6 Dalam Kes Curi Kabel Di Gelugor
மாநில செய்திகள்
காலத்தை வென்று நிலைத்த குரல் கண்ணதாசன் – தமிழ் உலகின் அழியாத சக்தி!
மாநில செய்திகள்
ஜுன் முதல் தேதி பேருந்து சேவை தொடக்கம்
மாநில செய்திகள்
பாரதி தமிழ் பள்ளியின் புதிய தலைமை ஆசிரியராக சங்கர் ராஜகோபால் தலைமை ஏற்றார்.
மாநில செய்திகள்
வளரும் இளம் தலைமுறையினரை கால் பந்தாட்டத் துறையில் கால் பதிக்க வகை செய்தல் வேண்டும்= பாப்பா ராய்டு ஆலோசனை.
மாநில செய்திகள்
சமய நெறி ஆன்மிகக் கல்விப் போதனைகள் தழைக்கும் இடமாக வழிபாட்டுத் தலங்கள் அமைதல் வேண்டும்= பாப்பா ராய்டு வலியுறுத்து
மாநில செய்திகள்
ஜொகூர் மாநில அரசாங்கத்தின் மக்களுக்கான நலத்திட்டங்கள் – விரிவான கட்டுரை.அலை ஒளி சிறப்பு தொகுப்பு
மாநில செய்திகள்
ஜொகூர் மாநில அரசின் மனிதநேய சேவையைப் பாராட்டும் வகையில் கட்டுரையாக மாற்றிய வடிவம்: