Alaioli
Oleh S.KUMARA
LONDON -Feb 12 Ketua Jurulatih Tottenham Hotspurs Thomas Frank telah dipecat oleh kelab tersebut pagi Rabu.Pemecatan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyusul selepas hanya lapan bulan Thomas mengemudi pasukan itu musim ini.
Tindakan mengejut itu menyusul selepas para penyokong Spurs menyorak boo ke arah Frank dan mendesak pemecatan segera selepas pasukan mereka kalah mengejut 2-1 kepada Newcastle United di halaman sendiri.
Hirarki kelab itu difahamkan telah membuat keputusan getir itu terhadap kedudukan Frank selepas mengambil kira segala faktor termasuk prestasi pasukan sejak awal musim ini di bawah kendaliannya.
Spurs kini menghuni tangga ke-16 dalam carta EPL, dan hanya dipisahkan dengan lima mata dari zon penyingkiran.Setakat ini, Spurs hanya menang dua perlawanan dalam 17 aksi yang diharungi setakat ini.
“Kelab ini mengambil keputusan penting untuk mengubah jawatan Ketua Jurulatih pasukan lelaki dan Thomas Frank akan meninggalkan kelab hari ini(Rabu),” kata kelab dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
\"Thomas dilantik pada Jun 2025 dan kami telah komited memberi masa dan sokongan sewajarnya untuk membina pasukan terkuat untuk masa depan.
“Malangnya, keputusan dan persembahan di bawah Frank menjurus lembaga pengarah kelab menyimpulkan bahawa perubahan segera pada masa ini sangat penting dan diperlukam segera(pecat Frank).
“Sepanjang tempoh pelantikan, Frank telah menabur komitmen penuh dalam membangunkan pasukan ini.“Kami merakamkan setinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada masa depan Frank,” kata kenyataan itu lagi. -Alaiolinews
பினாங்கு
பாதுகாப்பான மற்றும் சுற்றுச்சூழலுக்கு உகந்த தட்டுக்களில் விளக்குகளை தேர்வு செய்யுங்கள்.
ஜார்ஜ்டவுன்
Lelaki Parah Ditetak Kumpulan Bermotosikal di Jalan Kelawai
பினாங்கு
Remaja 13 Tahun Maut Terjatuh Dari Pangsapuri di Gelugor
ஷா ஆலம்
ஆகஸ்ட் மாதத்தில் சிலாங்கூரில் நடக்கும் சுக்மா 22 விளையாட்டுப் போட்டி நிகழ்ச்சிகளில் செய்தியாளர்களின் பங்களிப்பு; முகமட் ஃபாரிட் தகவல்.
ஜொகூர்
செயற்கை நுண்ணறிவு மூலம் BKJ பெயரில் மோசடி: ஜொகூர் மக்களுக்கு மந்திரி பெசார் எச்சரிக்கை
கோலாலம்பூர்
பிரதமர் அன்வார் இப்ராஹிம், கம்போங் பாரு ரமலான் சந்தையைப் பார்வையிட்டார்.
கூலாய்
செங்காங் தொழிற்பேட்டையில் ரப்பர் தொழிற்சாலை தீ விபத்து- இறுதி கட்ட அணைப்பு நடவடிக்கைகள் தீவிரம்
கெடா
AKPS perlu dilengkapi senjata api, jaket kalis peluru tingkat keselamatan