Alaioli
Ketua Kartel Dadah dunia El Mencho Mati: 74 terkorban rusuhan

Oleh S.KUMARA

MEXICO CITY- Sekurang-kurangnya 74 orang awam dilaporkan maut di Mexico, termasuk 25 pegawai Pengawal Negara, dalam operasi tentera negara itu yang mengorbankan ketua kartel dadah, 'El Mencho' dan keganasan yang menyusul sejurus selepas itu.


Menteri Keselamatan Mexico Omar García Harfuch, yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa), berkata pihak berkuasa Mexico telah mengerahkan tambahan seramai 2,500 anggota tentera ke negeri Jalisco di bahagian barat negara itu.


Ia adalah tambahan kepada 7,500 anggota tentera yang dikerahkan sebelum ini, susulan keganasan yang tercetus selepas penangkapan dan kematian ketua kartel paling dikehendaki negara itu, Nemesio 'El-Mencho' Oseguera.


Tambah Harfuch, seorang pengawal penjara, seorang anggota pejabat pendakwa raya negeri serta 30 individu yang disyaki anggota pertubuhan jenayah Oseguera turut terbunuh dalam operasi berkenaan.


Oseguera sebelum ini ditawarkan ganjaran AS$15 juta (RM58.3 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapannya.


Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Ricardo Trevilla berkata, lapan lelaki bersenjata yang disyaki anggota kartel terbunuh dalam operasi pasukan khas untuk menahannya, manakala tiga anggota tentera cedera.


Walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, belum memberikan sebarang maklum balas rasmi berhubung kematian Oseguera, beliau memuat naik kenyataan ringkas di platform Truth Social miliknya dengan menyatakan mesej berbunyi: "Mexico mesti meningkatkan usaha mereka terhadap kartel dan dadah!".-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News