Alaioli
Sivasangari Juara Terbuka Australia, Tamat Kemarau Gelaran 13 Bulan

oleh Maahgeshan

BRISBANE: Bintang skuasy negara, S Sivasangari, kembali melakar kejayaan apabila merangkul kejuaraan Terbuka Australia di South Bank Piazza, sebentar tadi. Kemenangan ini menamatkan penantian gelaran selama 13 bulan buat pemain berusia 25 tahun itu.

 

Sivasangari yang turun sebagai pilihan utama tidak berdepan masalah menundukkan wakil Amerika Syarikat, Marina Stefanoni, dengan keputusan sengit 3-0 (11-7, 11-4, 11-8). Aksi final tersebut tamat dalam tempoh hanya 28 minit, sekali gus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah Sivasangari dalam tiga pertemuan menentang Stefanoni.

 

Laluan ke perlawanan akhir sebelum ini menyaksikan pemain ranking keenam dunia itu menyingkirkan Nele Gilis dari Belgium. Sementara itu, Stefanoni mara ke final selepas mengejutkan seorang lagi wakil Belgium, Tinne Gilis.

 

Kejayaan di Brisbane ini merupakan gelaran pertama Sivasangari sejak kali terakhir menjulang trofi di Piala Cincinnati Gaynor pada Februari tahun lalu.

Leave a Comment
Trending News