Alaioli
By Ilamparithi
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan seorang lelaki warga China di sebuah restoran di Bukit Bintang, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi pada 14 Mac lalu di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Angsoka di sini.
Katanya, pengadu mendakwa dimaklumkan bahawa rakan sekerjanya telah ditahan sekumpulan anggota polis ketika mahu keluar dari sebuah kereta Mercedes-Benz.
“Rakan pengadu didakwa ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti scammer atau calling centre selain mendakwa majikan mereka yang merupakan warga China dikehendaki pihak berkuasa di Kemboja dan China.
“Pengadu kemudian hadir ke lokasi dan mendapati rakannya digari hampir sejam sebelum dibebaskan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambahnya lagi, pengadu turut mendakwa dipaksa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada individu terbabit di restoran berkenaan.
“Pada hari sama kira-kira pukul 10 malam, pengadu menerima panggilan telefon meminta dia hadir ke sebuah premis di Ampang untuk berbincang mengenai kes melibatkan majikannya.
“Pengadu kemudian diminta menyerahkan wang tambahan sebanyak RM2,500 sebelum tampil membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan anggota polis terbabit,” katanya.
Menurut beliau, susulan laporan diterima, polis telah menahan seorang pegawai polis bagi membantu siasatan.
“Suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை