Alaioli
By Alaiolinews
PUTRAJAYA – Kerajaan berjaya menjimatkan jumlah perbelanjaan subsidi lebih RM4.22 juta atau 2.14 juta liter bahan api menerusi pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, data itu direkodkan setakat 25 Mei selepas inisiatif itu dilaksanakan pada 15 April lalu.
“Perlu diingatkan sekali lagi, inisiatif BDR ini bukan bermaksud ‘baring, duduk, rehat’, (sebaliknya) ia bertujuan bagi mengawal penggunaan petrol, maka kerajaan luluskan BDR bermula 15 April lepas.
“Walaupun tekanan subsidi (meningkat) mendadak, kerajaan akan memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Majlis Apresiasi ‘Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthiness’ (ERAT) di sini malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr. Ismail Bakar.
Sebelum ini, pada 30 April lalu,kerajaan berjaya menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter dalam tempoh 10 hari pelaksanaan BDR yang melibatkan 200,000 penjawat awam.-Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை