Alaioli
By Ilamparithi
PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang berjaya ditahan menerusi operasi khas (Op Tiga) yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, baru-baru ini.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Komisioner Datuk M. Kumar berkata, suspek merupakan ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames yang dipercayai aktif di kawasan Sungai Division, Sungai Petani, Kedah.
Jelasnya, tangkapan dibuat pada 22 Mei lalu berdasarkan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 25 Mac, selain suspek turut disenaraikan di bawah Notis Merah (Red Notice) Interpol yang dikeluarkan pada 24 April lepas.
“Suspek ditahan kerana disyaki menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan lewat malam Isnin.
Kumar turut menambah bahawa tangkapan tersebut dibuat dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand ketika suspek dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Katanya, suspek kini direman sehingga 29 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh membabitkan dua kejadian berasingan di Padang Serai dan Bedong, Kedah sekitar Februari dan Ogos 2024.
Dalam pada itu, beliaau turut memaklumkan bahawa PDRM merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India dan Thailand atas kerjasama erat yang diberikan serta menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara terus terpelihara. -Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை