Alaioli
PETALING JAYA – Spekulasi mengenai hala tuju politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya terjawab apabila kedua-dua pemimpin itu diumumkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia pada Ahad.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi majlis khas yang diadakan di PJ Performing Arts Centre di sini, yang turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube milik Rafizi.
Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR bergandingan dengan Nik Nazmi, bekas Naib Presiden PKR serta bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bagi menerajui parti politik berpangkalan di Pulau Pinang itu.
Penyerahan kepimpinan parti berkenaan disempurnakan Presidennya, Tan Gin Theam sebagai simbolik kepada permulaan era baharu Parti Bersama Malaysia.
Parti Bersama Malaysia didaftarkan pada Disember 2016 dengan matlamat menjadi kuasa ketiga selain memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan serta blok pembangkang.
Perkembangan tersebut sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depan politik kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan selepas mereka dilihat semakin menjauh daripada pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை