Alaioli
Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen

Oleh Ilamparithi

PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar parti, seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.

Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di sini pada Ahad.

Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin dan seterusnya pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.

“Itu membolehkan perkara ini tidak dilihat sebagai lompat parti kerana kami menghormati mandat yang dimenangi atas tiket PKR dan PH (Pakatan Harapan).

“Jadi kami akan mengosongkan kerusi itu kerana kami telah membuat keputusan bermula Selasa, 19 Mei bahawa akan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik di sini pada Ahad.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama), iaitu sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.-Alaiolinews

Leave a Comment