Alaioli
By Alaiolisports
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyeru barisan pemain memburu kemenangan ke atas Burnley awal pagi esok dalam usaha mencerahkan lagi peluang menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.
Sebagai rekod, The Gunners kini berada dua mata di depan pencabar terdekat, Manchester City ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan dan kedudukan pendahulu mampu berubah jika tercicir mata ketika menentang Burnley nanti.
Arteta mengakui pasukannya bukan sekadar mencari kemenangan, malah perlu mencari jaringan sebanyak mungkin untuk memperkukuhkan kelebihan yang ada ketika ini.
“Pertama sekali, kami perlu pastikan kemenangan. Tetapi, kalau dapat menang dengan lebih banyak gol, itu lebih baik.
“Kami melalui perlawanan sukar menentang West Ham dan berjaya menang. Ia satu perasaan yang hebat, tetapi kami tahu jaringan gol sangat penting pada penghujung musim ini,” katanya.
Sementara itu, Arteta mengesahkan pemain pertahanan, Jurrien Timber terlepas baki dua aksi EPL musim ini tetapi kemungkinan sempat pulih menjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain pada 30 Mei depan.
“Timber pemain yang sangat penting kerana semua orang tahu kepimpinannya, kualiti dan betapa pasukan memerlukannya ketika ini. Masih ada peluang untuk dia bermain semula musim ini, tetapi saya tidak tahu sebesar mana peluang itu,” ujarnya lagi.-Agensi
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை