Alaioli
Harimau Malaya perlukan perlawanan persahabatan antarabangsa

By Alaiolisports

KUALA LUMPUR - HARIMAU Malaya bakal berdepan kerugian besar sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mengatur sebarang aksi persahabatan ketika jentera antarabangsa FIFA bulan depan.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui beliau sendiri tidak pasti mengenai perancangan sebenar pasukan negara, namun percaya barisan kejurulatihan mempunyai strategi tersendiri menjelang tugasan akan datang.

“Saya tidak pasti (sama ada Harimau Malaya akan adakan aksi persahabatan atau tidak). Tapi mungkin jurulatih (Peter Cklamovski) ada perancangan mereka sendiri.

“Namun, jika kesempatan serta ruang itu tidak digunakan, saya rasa itu satu kerugian,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Leave a Comment