Alaioli
By Alaiolieditorial
SHAH ALAM – Taktik licik sindiket antarabangsa mempergunakan keldai dadah untuk menyeludup bunga ganja ke Eropah terus terbongkar apabila enam suspek diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.
Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 31 tahun ditahan bersama dadah seberat 172.8 kilogram (kg) bernilai RM13.85 bermula 16 hingga 10 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kesemua suspek memperoleh upah antara 3,000 hingga 5,000 Euro (RM13,000 hingga RM23,000) setiap seorang bagi membawa dadah ke Eropah.
Katanya, mereka memasuki negara ini sejak hujung April lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit.
“Kesemua suspek dipercayai mahu membawa keluar 254 bungkusan bunga ganja ke Eropah.
“Bagaimanapun, siasatan mendapati mereka bergerak di bawah tiga sindiket berbeza,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Menurut beliau, kejayaan itu diperoleh hasil imbasan terhadap sembilan bagasi dibawa semua suspek di terminal KLIA.
Tambahnya, lima suspek merupakan warga Eropah manakala seorang lagi dari negara jiran.
“Seorang daripada suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Semua suspek direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
“Kesemua suspek kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegasnya lagi.-Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை